Posts

Showing posts from 2020

Ayah's Journey 💘

  15 OGOS 2020 (SABTU) BP ayah jam 4.44 pagi 102/62. Lepas flush semalam tangan ayah sebab nak masukkan air, tak lepas sebab berdarah dekat branula. Pagi ni pown sama berdarah balik lepas ayah mandi. Suruh nurse tukar, nurse boleh cakap tgu nurse pagi tukarkan. Ayoyoyo sabar je la. Nyirap gak dgr. Pagi ini jam 6.45 pagi dorang masukkan VITAMIN dekat ayah. ALBUMEX 2.0 (HUMAN ALBUMIN 26%) SOLUTION FOR INTRAVENOUS INFUSSION. Pagi tadi jam 6.00 lebih ayah makan oat. Skrang jam 7.49 pagi ayah nak makan oat lagi. Tapi hospital punya lah. Jam 8.06 pagi BP ayah 94/65. Gula ayah 5.8 untuk pagi ini. Ayah cakap hari ni boleh discaj. Tapi BP ayah masih rendah, tak dapat la discaj. Kena duduk 1 hari lagi. Aku balik, ana take over ayah. Doktor cakap dorang tak treat ayah sebagai pesakit jantunga. Doktor just bagi vitamin and drip je. Jam 3.45 petang. BP ayah 100/65. Nak cerita hantu sikit la. AYAH KUAT! HATI TETAP RISAU!

Ayah's Journey 💘

  14 OGOS 2020 (JUMAAT) Jam 12.06 tengah malam, ayah makan bubur. Tapi tak sampai 1 sudu. Jam 3.18 pagi BP ayah 81/59. Jam 5.00 pagi bacaan gula ayah 6.6. Jam 7.13 ana take over ayah. Tia balik sebab tia kerja. Aku pun masuk kerja. So siang ana akan jaga ayah. Jam 11.45 pagi BP ayah 97/59. BP still rendah lagi. Jam 2.13 petang BP ayah 92/58. After balik kerja aku take over ayah. Ana balik rumah. Ayah cakap sejuk sebab duduk dekat bilik aircondkan. Ana cakap doktor diagnos ayah sakit unstable angina. Jam 9.50 malam BP ayah 128/53. Ayah tidur AYAH KUAT! HATI TETAP RISAU!

Ayah's Journey 💘

13 OGOS 2020 (KHAMIS) Seawal jam 5.55 pagi ana pergi tengok ayah dekat wad pemerhatian. Ayah nak towel, spray wuduk. Alamak mana bawa semua tu. heehehehe. Terlupa semua tu. Ana bercekau lagi dengan nurse. Sebabkan selipar. Hahahahha. Aduh, kalau tak bercekau tak sah anan  ini. Nurse pown apa letak selipar bawah kepala katil. Aduh. Ok biar p dekat dorang. Hahahaha. Pagi ni ayah hypo. 3.9. Aku tengok ayah jam 7 lebih pagi, ayah breakfast telur. Agak kurang sopan nurse dalam wad pemerhatian. Tanya sikit kena marah. Hahahah. Malas layan. BP ayah 97/70. Ni dah jam 9.55 pagi ayah masih dekat wad pemerhatian. Tunggu turn nak naik wad. Wad penuh. Kencing manis ayah jam 10.00 pagi 5.9. Lepas ambil darah semua, ayah dah kena masukkan air gula sebanyak 6 shring. Sebab bacaan gula dalam darah ayah tak cantik. Ayah cakap sakit. Sebab dia cucuk dekat branula. Selepas 30 minit bagi air gula, bacaan ayah 9.6. Ayah naik wad P3 (Level 13) jam 11.19. Hampir 24 jam ayah dekat bawah (Emergency). Wad le...

Ayah's Journey 💘

12 OGOS 2020 (RABU) Pagi ini lepas ayah makan oat, ayah nak muntah lepas tu ayah terus penat. Nak gerak dari kerusi ke katil pun dah tak larat. Awal pagi ayah cakap dekat ana yang dada kiri sakit. Aku decide untuk half daya je hari ini. Jam 10.40 pagi ana wassap bagi tahu ayah dah merengek cakap penat. Dada sakit. Aku terus balik, ambil emergency leave. Jam 11.35 pagi sampai hospital. Jam 11.39 ayah terus pergi check jantung dalam bilik ECG. Ana yang teman ayah dalam bilik ECG. Doktor bagi tahu ada blockage dekat jantung ayah. Lepas ECG ayah ditolak ke zon kuning. Agak lama ayah nak dapatkan katil. Lebih kurang jam 2.39 petang mereka prepare untuk katil ayah. Sebelum tu, aku masuk untuk tengok ayah. Ayah cakap nak pergi tandas. Rupa-rupanya ayah nak muntah. Tak tahu berapa lama ayah menahan untuk muntah. Allah! Seksa tengok keadaan ayah bila muntah. Muntah kali ini muntah kuning lagi. 2.53 petang ayah dah dapat katil. Walaupun dapat katil dekat zon kuning. agak lama untuk ayah tunggu. ...

Ayah's Journey 💘

  11 OGOS 2020 (SELASA) Ayah pagi ni tak larat. Terbaring je. Hati aku hari ini berdebar. Tak tahu kenapa. Hmmmmm AYAH KUAT! HATI TETAP RISAU!

Ayah's Journey 💘

10 OGOS 2020 (ISNIN) Hari ini ayah tak larat sangat. Nak bangun dari katil pun tak larat. Sampai ana tolong untuk bangunkan ayah. Tia cakap malam semalam nak muntah, tapi keluar angin je. Aku ajak pergi hospital. Tapi ana cakap "nanti ambil darah je" - Ayah. Ayah selalu cakap dekat ibu, entah sempat atau tidak pergi Selayang. Allah. Insya Allah akan sempat. Allah akan panjangkan umur ayah. Lepas ibu solat maghrib, aku saje duduk depan ibu. Ibu cerita, kalau ayah baring dekat bilik tia, ayah tanya ibu. "Ibu dah subuh ke?" Ibu cakap subuh dah lepas. Ini dah jam 8 lebih boleh ambil solat dhuha dah ayah. Hahahah. Ibu cakap ayah sekarang ini pelik je. Tadi nak mandi tapi duduk dekat kerusi depan. Lepastu tanya ibu, apa saya nak buat dalam bilik air tadi ye? hahaha. Ibu cakap jom main mainan hadif. Ibu ibu ada je nak kenakan ayah. Bak kata ibu, bila lagi nak gurau senda dengan ayah. Sedih lak hati ini. AYAH KUAT! HATI TETAP RISAU!

Ayah's Journey 💘

 9 OGOS 2020 (AHAD) Hari ini masih dekat kampung lagi. Hari ini kami balik awal. Selalu kalau ibu dengan ayah ada mesti balik lepas isyak. Kali ini beza sikit. Jam 11.00 pagi kami dah balik. Tapi sebelum balik kami singgah Pizza Bakar Jemapoh. Makan dulu. Kikikiki. Dah siap makan dan tapau semua, kami balik. Tapi aku dengan apex balik naim motor. Singgah dulu pergi kampung apex dekat Melaka. Ambil daun sireh untuk ubatkan ayah nanti. Keadaan ayah macam biasa. Penat dan tekak rasa pahit. AYAH KUAT! HATI TETAP RISAU!

Ayah's Journey 💘

8 OGOS 2020 (SABTU) Hari ini aku dan abang balik kampung. Abang ajak balik sebab nak bersihkan keadaan rumah. Sebelum balik ayah suruh beli pokok. Ayah minta belikan pokok durian, rambutan dan petai. Petang ini juga kami tanam pokok-pokok yang ayah suruh tanam. Cactus yang beli dekat Cameron pon dah tanam juga. Hahahahha. Keadaan ayah macam biasa. Penat. Hajat ayah nak tanam pokok depan rumah kami dah tunaikan. Alhamdulillah AYAH KUAT! HATI TETAP RISAU!

Ayah's Journey 💘

 7 OGOS 2020 (JUMAAT) Semalam ayah cakap nak bubur lambuk. Ok, hari ni kita post dekat facebook. Mana tahu ada jual atau orang boleh buatkan. Komen punya komen dekat facebook, Cik Ti boleh buatkan. Alhamdulillah. Terima kasih Cik Ti buatkan bubur lambuk untuk ayah. Malam ni aku, apex pergi ke rumah ustaz yang dekat Kota Kemuning. Minta air penawar untuk ayah. Kita ikhtiar cara islam pula. Alhamdulillah dapat buatkan air untuk ayah. Tunggu ustaz datang ke rumah atau kami pergi ke rumah  ustaz untuk berubat pulak. Pasal bubur lambuk tak habis cerita lagi. Tadi ibu dengan tia pergi rumah cik ti ambil bubur lambuk. Lepas ayah dah makan bubur lambuk tu, ayah cakap Alhamdulillah dapat makan bubur lambuk ini. Ish ayah ni, insya Allah ayah akan sembuh. Ustaz pun cakap yang sama. Allah akan sembuhkan ayah. Insya Allah. AYAH KUAT! HATI TETAP RISAU!

Ayah's Journey 💘

6 OGOS 2020 (KHAMIS) Setiap hari aku akan tanya dalam group. Ayah ok? Hari ini ayah macam biasa. Penat. Ana bagitahu yang ayah demam pagi ni. Tapi dah bagi ubat. Tia cakap ayah letih sangat. Sekarang main handphone pown tak lama. Sekejap je.. Ayah ada cakap nak makan bubur lambuk. Akan aku usahakan cari bubur lambuk. Hari ini juga aku dengan apex pergi ke selayang nak tengok keadaan hotel dekat sana. Sebab 1 September 2020 ayah pergi ke Hospital Selayang. Then kami decide untuk booking hotel je. Senang tak payah rushing 1 September nanti. Hari ini ayah muntah lagi. Ini kali ke 4 ayah muntah. Ajak ayah pergi hospital, ayah tak nak sebab ayah cakap nanti ambil darah lagi. Aku cakap, lepas ini kalau ayah muntah lagi aku akan tetap bawa ke hospital. AYAH KUAT! HATI TETAP RISAU!

Ayah's Journey 💘

  5 OGOS 2020 (RABU) Hari ini ayah tak larat sangat. Ana cakap ayah asyik mengeluh. Bila tanya ana, ayah penat ke? Ayah cakap tak tahu nak cakap macam mana. Ayah, sekiranya sakit ayah tu boleh transfer, orang sanggup terima ayah. Janji ayah sihat seperti sediakala. AYAH KUAT! HATI TETAP RISAU!

Ayah's Journey 💘

 4 OGOS 2020 (SELASA) Pagi ini ayah ada appoimnt dekat Hospital Shah Alam. Hari ini result darah keluar. Walaupown kami dah dapat semua dokumen ayah, tetap juga pergi hari ini. Sebab nak tahu result darah. Tia ckp pagi ni ayah tak larat. Kaki lenguh, badan bayang-bayang. Ana cakap masa ambil darah dekat wad, nak tahu antibody yang serang ayah atau tak. Lab reject darau tau. Weiiiiiii awat tak call atau inform awal-awal darah tu kena reject. Apa masalah korang?? Tak pasal-pasal hari ni kena ambil darah balik. Result lagi sebulan. Nasib baik dah tau ayah sakit apa. Kalau tak nak tunggu lagi? Haihhhh...sampai kesudah lah kami tak tahu ayah sakit apa. So, 27 Ogos 2020 ambil darah dekat MOPD. 3 September 2020 - Review result darah (MOPD) 15 September 2020 - Review discussion dari Hospital Selayang (SOPD) 27 Ogos 2020 - Ambil darah lagi sebab mereka nak comparekan dengan result darah hari ni. Ayah buat ECG, jantung ayah ok.

Ayah's Journey 💘

  3 OGOS 2020 (ISNIN) Hari ini adik ana lak tak sihat. Ana ini lah yang jaga ayah selain ibu dan kami. Dah sudah penjaga tak sihat pulak. Ibu panggil adik ana ni DOKTOR RUMAH. Hahahahha. sebab apa ibu panggil macam tu? Sebab ana yang bagi ayah ubat dan sebagainya. Sejak-sejak ni, ayah selalu mengadu tekak rasa pahit, nak telan pown rasa pahit. Mungkin effect dari kanser tu ke? Ayah hari ni masih penat dan tekak rasa pahit. Nak makan pown tak ada selera, Nak telan pown ayah cakap sakit. Kami tahu ayah boleh lawan sakit ni. AYAH KUAT! HATI TETAP RISAU!

Ayah's Journey 💘

 2 OGOS 2020 (AHAD) Pagi ini, macam biasa tanya ayah ok ke x? Ana ckp ayah ok cuma ayah nak gunting rambut. Dari hari jumaat ayah cakap nak gunting rambut. Abang cakap abang akan hantar ayah pergi gunting rambut. Tapi ayah cakap ayah tak larat. Ok la, decide beli je mesin rambut. Hahahaha. Senang siapa-siapa nak guntiing rambut. Gunting sendiri je. Lepas hantar semua barang-barang semalam ke rumah mak apex, kita orang keluarlah belikan mesin rambut dan tilam tia. Tia sibuk nak tukar tilam sebab ayah waktu siang tidur dekat bilik tia. Settle hari ni potong rambut ayah. Ayah tetap penat juga. AYAH KUAT! HATI TETAP RISAU!

Ayah's Journey 💘

   1 OGOS 2020 (SABTU) Hari ini hari raya haji yang ke-2. Aku dan apex pergi cameron. Kali ini aku tawakal. Aku tahu ayah kuat. Pergi pown sebab aku nak belikan ayah sayur apa entah nama dia. Konon nak beli sayur, nama pown tak tahu. Hahahaha, lantak lah janji ingat bentuk sudah! kah! Then belikan strawberry. Mana tahu ayah ada selera nak makan. Haaa.. tak lupa juga belikan abang hik cactus. Sibuk nak tanam dekat kampung. Hahahahha..dia ingat kat kampung tu sejuk macam cameron semua nih? dah la xde orang jaga pokok2 tu semua nnti. Minggu depan plan nak balik kampung. Cuma aku, apex dan family abang je la yang balik. Ayah tak nak ikot sebab tak larat. Hari ini ayah penat. Alhamdulillah ayah tak ada apa-apa sepanjang hari ini. AYAH KUAT! HATI TETAP RISAU!

Ayah's Journey 💘

 31 JULAI 2020 (JUMAAT) Hari ini HARI RAYA AIDILADHA. Kami adik beradik beraya bersama dengan ibu dan ayah. Semua happy. Hari ini family ibu datang beraya dengan kami juga. Terima kasih datang beraya dengan kami. Terima kasih datang ziarah ayah. Terima kasih doakan ayah. Malam sekali lagi ayah muntah. Warna macam semalam. KUNING. HATI TETAP RISAU! AYAH KUAT!

Ayah's Journey 💘

 30 JULAI 2020 (KHAMIS) Keadaan ayah pagi ini penat. Hari ini (30/7/2020) dapat segala dokumen ayah dari Hospital Shah Alam. Abang dan ana yang pergi ambil untuk dokumen ayah. Ana bagi tahu yang hati ayah pada bulan 3 16cm. Ini masa buat Ultra Sound.Then pada bulan 7 hati ayah dah besar 20cm. Hospital Shah Alam, kenapa tak inform ahli keluarga yang hati ayah semakin membesar? Kenapa perlu macam ni??sebab PKPK ke? Tak mungkin haih hospital kerajaan. Malam ayah muntah. Ini kali ke-2 ayah muntah.Muntah ayah warna kuning. Ayah cakap pahit. RISAU HATI TETAP RISAU! AYAH KUAT!

Ayah's Journey 💘

 29 JULAI 2020 (RABU) Keadaan ayaha hari ini ok. Pagi ni dalam group pening discuss kenapa tak bawa ayah pergi IKN (Institut Kanser Negara) hahahhaha..biasalah semalam terkejut semua benda tak prepare untuk tanya soalan dekat doktor. Nasib baik ana google, kenapa perlu hantar ke Hospital Selayang. kikikiki..Nasib ada adik ana yang rajin research. Petang keadaan ayah kurang baik. Ayah ckp badan ayah lenguh. Sebab kanser tu, ayah lenguh. Harap ayah boleh bertahan. Lagi 2 hari kita nak sambut raya haji. Orang tahu ayah kuat.  HATI TETAP RISAU! AYAH KUAT!

Ayah's Journey 💘

Image
28 JULAI 2020 (SELASA) Hati siapa yang tidak rapuh bila result ct scan ayah keluar. Mlm sebelum result, ak bersama suami tidur di rumah ayah..supaya ak tidak lewat untuk menghntar ayah ke hospital. Malam tu ak rs kan sgt lain. Hati berdegup kencang. Apa akan jadi dgn esk?anak2 ayah kena kuat walaupown apa result tu. Ak di hospital seawal jam 7 pagi untuk ambil no. supaya urusan di percepatkan. Tia dan ana hntar ayah ke hspital, ayah tidak menolak untuk naik kerusi roda. Selalu kalau suruh naik kerusi roda, mcm2 alasan dibagi...tp pagi itu tiada alasan..duduk dan kami tolak utk ke MOPD ambil darah. Selesai urusan MOPD, kita ke tingkat 2 untuk SOPD. Dekat SOPD la doctor akan bckan result ct scan. Hati ni hanya Allah je tahu sementara tunggu no. giliran. Nombor yang dinantikan 7003 bilik 7. Setelah doc melihat segala report ayah, doc bg tau yang ayah adalah pesakit kanser hati tahap 4.  Ya Allah..hati ini tidak sekuat yang ak sangka. Airmata jatuh. Nasib ana bnyk bersoal jawab dgn doc...

JODOH

Image
Orang kata, jodoh tu rahsia Allah. Ye...sgt rahsia..kita tak tahu dengan siapa kita akan berkahwin..bila kita akan mati..bila rezeki yang sesuai. Tu semua kerja ALLAH. Kita sebagai hamba, ikot dengan peraturan yang telah ditetapkan. Kita kena berusaha untuk yang terbaik. Kita redha, dan jangan putus asa. 26 APRIL 2014 Alhamdulillah..aku diijabkabulkan dengan pilihan hati (gitew) kikiki...MOHD AFIQ BIN JAAFAR. Alhamdulillah...syukur sangat-sangat Allah temukan dan jodohkan aku dengan beliau. Seorang suami yang sangat2 memahami dan menjiwai hati bini dia. Dapat menerima segala kekurangan bini dia.

CARI KERJA

Image
Hai Posting sebelum ni pasal dapat sambung belajarkan. Selepas harung 2 tahun untuk dapatkan SIJIL dan 1 tahun untuk dapatkan DIPLOMA, akhirnyaaaaaaaaaaa.....HABIS GAK BELAJAR 😅. Misi lepas habis belajar nak terus cari kerja, tapi tunda sekejap sebab abg kita nak kahwin oiiii...hahaha. Actually dah dapat kerja. Kita dapat masuk kerja 1 APRIL 2013 dekat GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM. Ini lah termpat pertama kita kerja. Disini lah mengajar aku pengalaman dalam bekerja, berkawan, kenal hati budi org. 2 tahun 6 bln ak mencari rezeki dekat sini, mencari pengalaman bekerja dekat sini. Walaupown pelbagai dugaan dan cabaran, tetap senyum u alls...hahahahha...industri pertama dalam mencari rezeki adalah perhotelan. Seronok memang seronok bekerja dalam bidang ni, mungkin sebab team aku ni gila2. Yela dalam PUBLIC RELATIONS. Apo yang x seronoknya?hahahah...rindu dekat kawan2 lama dalam PR. Macam2 pengalaman dalam team ni. Jatuh bangun bersama. Last2 semua keluar dari team tu....

SAMBUNG BELAJAR DI POLITEKNIK

Image
Assalamualaikum... Kali ni nak coret sikit selepas habis belajar di INSTITUT KEMAHIRAN MARA SUNGAI PETANI ..kali ni dapat surat sambung belajar lagi. Tapi kali ni dapat dekat POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH dalam kursus SIJIL APA NTAH...X INGAT...KAH! Lepas dapat surat sambung belajar tu, tak kena dgn jiwa..sbb kalau tak silap tu dalam SIJIL REKABENTUK DALAMAN. So minta tolong ayah untuk buat pertukaran ke SIJIL REKABENTUK GRAFIK. Tapiiiiiiiiiiiiii....kena pergi ke SERI KEMBANGAN untuk buat pertukaran kos. Alhamdulillah dapat buat pertukaran kos, tapi....masih ada tapi juga...hahahah...tapi dia kan aku kena pergi ke PASIR GUDANG. Sebab kos tu mmng ada dekat PASIR GUDANG SAHAJA!. Nak x nak ibu ayah lepaskan juga. Ini kali ke dua aku berjauhan dengan family. SIJIL REKABENTUK GRAFIK Not bad JOHOR. Kawan-kawan semua ok..belajar pown ok. Walaupwn ada pengalaman belajar dalam grafik sebelum ni, part paling x best adalah melukis. Nasib baik 1 sem je melukis. ahhaha...

BERSAWANG BERKULAT

Image
Ya Allah...lama sgt tak update blog ni...last updated 2012...ini kalau tinggalkan rumah ni agak2 bkn bersawang je...hantu segala hantu ada ni...tp ni nasib baik la bkn rumah, cuma blog..hahaha..agak kesian blog ni kena tinggalkan terlalu lama. Banyak faktor yg terpaksa untuk tinggalkan blog ni, kalau senaraikan tkot meluat bagai nak baca. Tapi nak gak listkan apa fktor aku tinggalkan blog ni..ahhahah...selamat membaca dan mengeja ye...kah! 1- Sambung study dekat POLITEKNIK JOHOR BAHRU 2- Cari kawan baru (ni mcm2 kawan aku jumpa) kah! 3- Sibuk jelajah negeri orang (hahhahha..sibuk je) 4- Sambung dalam DIPLOMA 5- Cari kerja pulak 6- Gatal nak kahwin pulek (nnti aku cerita) 7- Sibuk bermacam hal 8- Banyak sgt nak list...hahahaha... Konon mcm banyak kan list tu...ye la dr tahun 2012...skrang dah tahun 2020, bayangkan dah 8 tahun x update blog...nak menaip tu hmm mcm kaku lak..sbb aku ni jenis bkn pandai menaip...SPM BM pown hancur...tp alhamdulillah menjadi org gak...ahahha...t...