Ayah's Journey 💘
10 OGOS 2020 (ISNIN)
Hari ini ayah tak larat sangat. Nak bangun dari katil pun tak larat. Sampai ana tolong untuk bangunkan ayah. Tia cakap malam semalam nak muntah, tapi keluar angin je. Aku ajak pergi hospital. Tapi ana cakap "nanti ambil darah je" - Ayah.
Ayah selalu cakap dekat ibu, entah sempat atau tidak pergi Selayang. Allah. Insya Allah akan sempat. Allah akan panjangkan umur ayah. Lepas ibu solat maghrib, aku saje duduk depan ibu. Ibu cerita, kalau ayah baring dekat bilik tia, ayah tanya ibu. "Ibu dah subuh ke?" Ibu cakap subuh dah lepas. Ini dah jam 8 lebih boleh ambil solat dhuha dah ayah. Hahahah. Ibu cakap ayah sekarang ini pelik je. Tadi nak mandi tapi duduk dekat kerusi depan. Lepastu tanya ibu, apa saya nak buat dalam bilik air tadi ye? hahaha. Ibu cakap jom main mainan hadif. Ibu ibu ada je nak kenakan ayah. Bak kata ibu, bila lagi nak gurau senda dengan ayah. Sedih lak hati ini.
AYAH KUAT! HATI TETAP RISAU!
Comments
Post a Comment