Ayah's Journey 💘
12 OGOS 2020 (RABU)
Pagi ini lepas ayah makan oat, ayah nak muntah lepas tu ayah terus penat. Nak gerak dari kerusi ke katil pun dah tak larat. Awal pagi ayah cakap dekat ana yang dada kiri sakit. Aku decide untuk half daya je hari ini. Jam 10.40 pagi ana wassap bagi tahu ayah dah merengek cakap penat. Dada sakit. Aku terus balik, ambil emergency leave. Jam 11.35 pagi sampai hospital. Jam 11.39 ayah terus pergi check jantung dalam bilik ECG. Ana yang teman ayah dalam bilik ECG. Doktor bagi tahu ada blockage dekat jantung ayah. Lepas ECG ayah ditolak ke zon kuning. Agak lama ayah nak dapatkan katil.
Lebih kurang jam 2.39 petang mereka prepare untuk katil ayah. Sebelum tu, aku masuk untuk tengok ayah. Ayah cakap nak pergi tandas. Rupa-rupanya ayah nak muntah. Tak tahu berapa lama ayah menahan untuk muntah. Allah! Seksa tengok keadaan ayah bila muntah. Muntah kali ini muntah kuning lagi. 2.53 petang ayah dah dapat katil. Walaupun dapat katil dekat zon kuning. agak lama untuk ayah tunggu. Lega sikit bila ayah dah dapat katil. Sebab ayah dah tak larat sangat. Jam 7.05 malam ayah baru balik dari bilik xray. Agak tak puas hati dengan doktor. Sebab sampai ke malam masih belum bagitahu apa keadaan ayah. Jam 8 lebih aku dengan ana balik. Tia dan faqih ambil alih untuk jaga ayah sekejap.
Dalam jam 11 lebih, aku dan ana datang ke hospital balik untuk tengok ayah. Ibu tinggal dengan apex dekat rumah. Kesian dekat ibu, sedih. Tapi tahu ibu kuatkan demi anak-anak. Doktor datang jumpa tia, tia bagi tahu ayah muntah then doktor boleh cakap tu gastrik kot. Ayoooooo.....Bila tia tunjuk gambar, baru doktor cakap owh ini sebab kanser hati tu. Aayoyoyo doktor boleh kot-kot eh.
Lebih kurang 12 lebih tengah malam, abang sampai. Tia dan faqih pon balik. So malam ni kita orang, aku, ana dan abang stay back dekat hospital sampai subuh. Kami tido dalam kereta. Dalam jam 4.00 pagi ana pergi tengok ayah. Tapi ayah dah masuk dalam wad pemerhatian.
AYAH KUAT! HATI TETAP RISAU!
Comments
Post a Comment