Ayah's Journey 💘

 7 OGOS 2020 (JUMAAT)

Semalam ayah cakap nak bubur lambuk. Ok, hari ni kita post dekat facebook. Mana tahu ada jual atau orang boleh buatkan. Komen punya komen dekat facebook, Cik Ti boleh buatkan. Alhamdulillah. Terima kasih Cik Ti buatkan bubur lambuk untuk ayah. Malam ni aku, apex pergi ke rumah ustaz yang dekat Kota Kemuning. Minta air penawar untuk ayah. Kita ikhtiar cara islam pula. Alhamdulillah dapat buatkan air untuk ayah. Tunggu ustaz datang ke rumah atau kami pergi ke rumah  ustaz untuk berubat pulak.

Pasal bubur lambuk tak habis cerita lagi. Tadi ibu dengan tia pergi rumah cik ti ambil bubur lambuk. Lepas ayah dah makan bubur lambuk tu, ayah cakap Alhamdulillah dapat makan bubur lambuk ini. Ish ayah ni, insya Allah ayah akan sembuh. Ustaz pun cakap yang sama. Allah akan sembuhkan ayah. Insya Allah.

AYAH KUAT! HATI TETAP RISAU!

Comments

Popular posts from this blog

Ayah's Journey 💘

HAPPY NEW YEAR

BERSAWANG BERKULAT