Ayah's Journey 💘
6 OGOS 2020 (KHAMIS)
Setiap hari aku akan tanya dalam group. Ayah ok? Hari ini ayah macam biasa. Penat. Ana bagitahu yang ayah demam pagi ni. Tapi dah bagi ubat. Tia cakap ayah letih sangat. Sekarang main handphone pown tak lama. Sekejap je..
Ayah ada cakap nak makan bubur lambuk. Akan aku usahakan cari bubur lambuk. Hari ini juga aku dengan apex pergi ke selayang nak tengok keadaan hotel dekat sana. Sebab 1 September 2020 ayah pergi ke Hospital Selayang. Then kami decide untuk booking hotel je. Senang tak payah rushing 1 September nanti.
Hari ini ayah muntah lagi. Ini kali ke 4 ayah muntah. Ajak ayah pergi hospital, ayah tak nak sebab ayah cakap nanti ambil darah lagi. Aku cakap, lepas ini kalau ayah muntah lagi aku akan tetap bawa ke hospital.
AYAH KUAT! HATI TETAP RISAU!
Comments
Post a Comment