Ayah's Journey 💘

28 JULAI 2020 (SELASA)

Hati siapa yang tidak rapuh bila result ct scan ayah keluar. Mlm sebelum result, ak bersama suami tidur di rumah ayah..supaya ak tidak lewat untuk menghntar ayah ke hospital. Malam tu ak rs kan sgt lain. Hati berdegup kencang. Apa akan jadi dgn esk?anak2 ayah kena kuat walaupown apa result tu.

Ak di hospital seawal jam 7 pagi untuk ambil no. supaya urusan di percepatkan. Tia dan ana hntar ayah ke hspital, ayah tidak menolak untuk naik kerusi roda. Selalu kalau suruh naik kerusi roda, mcm2 alasan dibagi...tp pagi itu tiada alasan..duduk dan kami tolak utk ke MOPD ambil darah. Selesai urusan MOPD, kita ke tingkat 2 untuk SOPD. Dekat SOPD la doctor akan bckan result ct scan. Hati ni hanya Allah je tahu sementara tunggu no. giliran. Nombor yang dinantikan 7003 bilik 7.

Setelah doc melihat segala report ayah, doc bg tau yang ayah adalah pesakit kanser hati tahap 4. 

Ya Allah..hati ini tidak sekuat yang ak sangka. Airmata jatuh. Nasib ana bnyk bersoal jawab dgn doc. Ayah tenang dgr keputusan doc. Tp dalam hati siapa yang tahu mungkin? Yaa..ayah kuat utk tempuh dugaan ni. Ayh ckp kenapa nak nagis?terima sahaja..dah tertulis semua ni. Kena redha. Doc suggest utk pergi ke hospital selayang utk berjumpa dengan pakar hati. 1 september 2020 akan ke hospital selayang.


Comments

Popular posts from this blog

Ayah's Journey 💘

HAPPY NEW YEAR

BERSAWANG BERKULAT