Posts

Showing posts from November, 2020

Ayah's Journey 💘

  14 OGOS 2020 (JUMAAT) Jam 12.06 tengah malam, ayah makan bubur. Tapi tak sampai 1 sudu. Jam 3.18 pagi BP ayah 81/59. Jam 5.00 pagi bacaan gula ayah 6.6. Jam 7.13 ana take over ayah. Tia balik sebab tia kerja. Aku pun masuk kerja. So siang ana akan jaga ayah. Jam 11.45 pagi BP ayah 97/59. BP still rendah lagi. Jam 2.13 petang BP ayah 92/58. After balik kerja aku take over ayah. Ana balik rumah. Ayah cakap sejuk sebab duduk dekat bilik aircondkan. Ana cakap doktor diagnos ayah sakit unstable angina. Jam 9.50 malam BP ayah 128/53. Ayah tidur AYAH KUAT! HATI TETAP RISAU!

Ayah's Journey 💘

13 OGOS 2020 (KHAMIS) Seawal jam 5.55 pagi ana pergi tengok ayah dekat wad pemerhatian. Ayah nak towel, spray wuduk. Alamak mana bawa semua tu. heehehehe. Terlupa semua tu. Ana bercekau lagi dengan nurse. Sebabkan selipar. Hahahahha. Aduh, kalau tak bercekau tak sah anan  ini. Nurse pown apa letak selipar bawah kepala katil. Aduh. Ok biar p dekat dorang. Hahahaha. Pagi ni ayah hypo. 3.9. Aku tengok ayah jam 7 lebih pagi, ayah breakfast telur. Agak kurang sopan nurse dalam wad pemerhatian. Tanya sikit kena marah. Hahahah. Malas layan. BP ayah 97/70. Ni dah jam 9.55 pagi ayah masih dekat wad pemerhatian. Tunggu turn nak naik wad. Wad penuh. Kencing manis ayah jam 10.00 pagi 5.9. Lepas ambil darah semua, ayah dah kena masukkan air gula sebanyak 6 shring. Sebab bacaan gula dalam darah ayah tak cantik. Ayah cakap sakit. Sebab dia cucuk dekat branula. Selepas 30 minit bagi air gula, bacaan ayah 9.6. Ayah naik wad P3 (Level 13) jam 11.19. Hampir 24 jam ayah dekat bawah (Emergency). Wad le...

Ayah's Journey 💘

12 OGOS 2020 (RABU) Pagi ini lepas ayah makan oat, ayah nak muntah lepas tu ayah terus penat. Nak gerak dari kerusi ke katil pun dah tak larat. Awal pagi ayah cakap dekat ana yang dada kiri sakit. Aku decide untuk half daya je hari ini. Jam 10.40 pagi ana wassap bagi tahu ayah dah merengek cakap penat. Dada sakit. Aku terus balik, ambil emergency leave. Jam 11.35 pagi sampai hospital. Jam 11.39 ayah terus pergi check jantung dalam bilik ECG. Ana yang teman ayah dalam bilik ECG. Doktor bagi tahu ada blockage dekat jantung ayah. Lepas ECG ayah ditolak ke zon kuning. Agak lama ayah nak dapatkan katil. Lebih kurang jam 2.39 petang mereka prepare untuk katil ayah. Sebelum tu, aku masuk untuk tengok ayah. Ayah cakap nak pergi tandas. Rupa-rupanya ayah nak muntah. Tak tahu berapa lama ayah menahan untuk muntah. Allah! Seksa tengok keadaan ayah bila muntah. Muntah kali ini muntah kuning lagi. 2.53 petang ayah dah dapat katil. Walaupun dapat katil dekat zon kuning. agak lama untuk ayah tunggu. ...

Ayah's Journey 💘

  11 OGOS 2020 (SELASA) Ayah pagi ni tak larat. Terbaring je. Hati aku hari ini berdebar. Tak tahu kenapa. Hmmmmm AYAH KUAT! HATI TETAP RISAU!

Ayah's Journey 💘

10 OGOS 2020 (ISNIN) Hari ini ayah tak larat sangat. Nak bangun dari katil pun tak larat. Sampai ana tolong untuk bangunkan ayah. Tia cakap malam semalam nak muntah, tapi keluar angin je. Aku ajak pergi hospital. Tapi ana cakap "nanti ambil darah je" - Ayah. Ayah selalu cakap dekat ibu, entah sempat atau tidak pergi Selayang. Allah. Insya Allah akan sempat. Allah akan panjangkan umur ayah. Lepas ibu solat maghrib, aku saje duduk depan ibu. Ibu cerita, kalau ayah baring dekat bilik tia, ayah tanya ibu. "Ibu dah subuh ke?" Ibu cakap subuh dah lepas. Ini dah jam 8 lebih boleh ambil solat dhuha dah ayah. Hahahah. Ibu cakap ayah sekarang ini pelik je. Tadi nak mandi tapi duduk dekat kerusi depan. Lepastu tanya ibu, apa saya nak buat dalam bilik air tadi ye? hahaha. Ibu cakap jom main mainan hadif. Ibu ibu ada je nak kenakan ayah. Bak kata ibu, bila lagi nak gurau senda dengan ayah. Sedih lak hati ini. AYAH KUAT! HATI TETAP RISAU!

Ayah's Journey 💘

 9 OGOS 2020 (AHAD) Hari ini masih dekat kampung lagi. Hari ini kami balik awal. Selalu kalau ibu dengan ayah ada mesti balik lepas isyak. Kali ini beza sikit. Jam 11.00 pagi kami dah balik. Tapi sebelum balik kami singgah Pizza Bakar Jemapoh. Makan dulu. Kikikiki. Dah siap makan dan tapau semua, kami balik. Tapi aku dengan apex balik naim motor. Singgah dulu pergi kampung apex dekat Melaka. Ambil daun sireh untuk ubatkan ayah nanti. Keadaan ayah macam biasa. Penat dan tekak rasa pahit. AYAH KUAT! HATI TETAP RISAU!

Ayah's Journey 💘

8 OGOS 2020 (SABTU) Hari ini aku dan abang balik kampung. Abang ajak balik sebab nak bersihkan keadaan rumah. Sebelum balik ayah suruh beli pokok. Ayah minta belikan pokok durian, rambutan dan petai. Petang ini juga kami tanam pokok-pokok yang ayah suruh tanam. Cactus yang beli dekat Cameron pon dah tanam juga. Hahahahha. Keadaan ayah macam biasa. Penat. Hajat ayah nak tanam pokok depan rumah kami dah tunaikan. Alhamdulillah AYAH KUAT! HATI TETAP RISAU!

Ayah's Journey 💘

 7 OGOS 2020 (JUMAAT) Semalam ayah cakap nak bubur lambuk. Ok, hari ni kita post dekat facebook. Mana tahu ada jual atau orang boleh buatkan. Komen punya komen dekat facebook, Cik Ti boleh buatkan. Alhamdulillah. Terima kasih Cik Ti buatkan bubur lambuk untuk ayah. Malam ni aku, apex pergi ke rumah ustaz yang dekat Kota Kemuning. Minta air penawar untuk ayah. Kita ikhtiar cara islam pula. Alhamdulillah dapat buatkan air untuk ayah. Tunggu ustaz datang ke rumah atau kami pergi ke rumah  ustaz untuk berubat pulak. Pasal bubur lambuk tak habis cerita lagi. Tadi ibu dengan tia pergi rumah cik ti ambil bubur lambuk. Lepas ayah dah makan bubur lambuk tu, ayah cakap Alhamdulillah dapat makan bubur lambuk ini. Ish ayah ni, insya Allah ayah akan sembuh. Ustaz pun cakap yang sama. Allah akan sembuhkan ayah. Insya Allah. AYAH KUAT! HATI TETAP RISAU!

Ayah's Journey 💘

6 OGOS 2020 (KHAMIS) Setiap hari aku akan tanya dalam group. Ayah ok? Hari ini ayah macam biasa. Penat. Ana bagitahu yang ayah demam pagi ni. Tapi dah bagi ubat. Tia cakap ayah letih sangat. Sekarang main handphone pown tak lama. Sekejap je.. Ayah ada cakap nak makan bubur lambuk. Akan aku usahakan cari bubur lambuk. Hari ini juga aku dengan apex pergi ke selayang nak tengok keadaan hotel dekat sana. Sebab 1 September 2020 ayah pergi ke Hospital Selayang. Then kami decide untuk booking hotel je. Senang tak payah rushing 1 September nanti. Hari ini ayah muntah lagi. Ini kali ke 4 ayah muntah. Ajak ayah pergi hospital, ayah tak nak sebab ayah cakap nanti ambil darah lagi. Aku cakap, lepas ini kalau ayah muntah lagi aku akan tetap bawa ke hospital. AYAH KUAT! HATI TETAP RISAU!

Ayah's Journey 💘

  5 OGOS 2020 (RABU) Hari ini ayah tak larat sangat. Ana cakap ayah asyik mengeluh. Bila tanya ana, ayah penat ke? Ayah cakap tak tahu nak cakap macam mana. Ayah, sekiranya sakit ayah tu boleh transfer, orang sanggup terima ayah. Janji ayah sihat seperti sediakala. AYAH KUAT! HATI TETAP RISAU!

Ayah's Journey 💘

 4 OGOS 2020 (SELASA) Pagi ini ayah ada appoimnt dekat Hospital Shah Alam. Hari ini result darah keluar. Walaupown kami dah dapat semua dokumen ayah, tetap juga pergi hari ini. Sebab nak tahu result darah. Tia ckp pagi ni ayah tak larat. Kaki lenguh, badan bayang-bayang. Ana cakap masa ambil darah dekat wad, nak tahu antibody yang serang ayah atau tak. Lab reject darau tau. Weiiiiiii awat tak call atau inform awal-awal darah tu kena reject. Apa masalah korang?? Tak pasal-pasal hari ni kena ambil darah balik. Result lagi sebulan. Nasib baik dah tau ayah sakit apa. Kalau tak nak tunggu lagi? Haihhhh...sampai kesudah lah kami tak tahu ayah sakit apa. So, 27 Ogos 2020 ambil darah dekat MOPD. 3 September 2020 - Review result darah (MOPD) 15 September 2020 - Review discussion dari Hospital Selayang (SOPD) 27 Ogos 2020 - Ambil darah lagi sebab mereka nak comparekan dengan result darah hari ni. Ayah buat ECG, jantung ayah ok.