Posts

Ayah's Journey 💘

  15 OGOS 2020 (SABTU) BP ayah jam 4.44 pagi 102/62. Lepas flush semalam tangan ayah sebab nak masukkan air, tak lepas sebab berdarah dekat branula. Pagi ni pown sama berdarah balik lepas ayah mandi. Suruh nurse tukar, nurse boleh cakap tgu nurse pagi tukarkan. Ayoyoyo sabar je la. Nyirap gak dgr. Pagi ini jam 6.45 pagi dorang masukkan VITAMIN dekat ayah. ALBUMEX 2.0 (HUMAN ALBUMIN 26%) SOLUTION FOR INTRAVENOUS INFUSSION. Pagi tadi jam 6.00 lebih ayah makan oat. Skrang jam 7.49 pagi ayah nak makan oat lagi. Tapi hospital punya lah. Jam 8.06 pagi BP ayah 94/65. Gula ayah 5.8 untuk pagi ini. Ayah cakap hari ni boleh discaj. Tapi BP ayah masih rendah, tak dapat la discaj. Kena duduk 1 hari lagi. Aku balik, ana take over ayah. Doktor cakap dorang tak treat ayah sebagai pesakit jantunga. Doktor just bagi vitamin and drip je. Jam 3.45 petang. BP ayah 100/65. Nak cerita hantu sikit la. AYAH KUAT! HATI TETAP RISAU!

Ayah's Journey 💘

  14 OGOS 2020 (JUMAAT) Jam 12.06 tengah malam, ayah makan bubur. Tapi tak sampai 1 sudu. Jam 3.18 pagi BP ayah 81/59. Jam 5.00 pagi bacaan gula ayah 6.6. Jam 7.13 ana take over ayah. Tia balik sebab tia kerja. Aku pun masuk kerja. So siang ana akan jaga ayah. Jam 11.45 pagi BP ayah 97/59. BP still rendah lagi. Jam 2.13 petang BP ayah 92/58. After balik kerja aku take over ayah. Ana balik rumah. Ayah cakap sejuk sebab duduk dekat bilik aircondkan. Ana cakap doktor diagnos ayah sakit unstable angina. Jam 9.50 malam BP ayah 128/53. Ayah tidur AYAH KUAT! HATI TETAP RISAU!

Ayah's Journey 💘

13 OGOS 2020 (KHAMIS) Seawal jam 5.55 pagi ana pergi tengok ayah dekat wad pemerhatian. Ayah nak towel, spray wuduk. Alamak mana bawa semua tu. heehehehe. Terlupa semua tu. Ana bercekau lagi dengan nurse. Sebabkan selipar. Hahahahha. Aduh, kalau tak bercekau tak sah anan  ini. Nurse pown apa letak selipar bawah kepala katil. Aduh. Ok biar p dekat dorang. Hahahaha. Pagi ni ayah hypo. 3.9. Aku tengok ayah jam 7 lebih pagi, ayah breakfast telur. Agak kurang sopan nurse dalam wad pemerhatian. Tanya sikit kena marah. Hahahah. Malas layan. BP ayah 97/70. Ni dah jam 9.55 pagi ayah masih dekat wad pemerhatian. Tunggu turn nak naik wad. Wad penuh. Kencing manis ayah jam 10.00 pagi 5.9. Lepas ambil darah semua, ayah dah kena masukkan air gula sebanyak 6 shring. Sebab bacaan gula dalam darah ayah tak cantik. Ayah cakap sakit. Sebab dia cucuk dekat branula. Selepas 30 minit bagi air gula, bacaan ayah 9.6. Ayah naik wad P3 (Level 13) jam 11.19. Hampir 24 jam ayah dekat bawah (Emergency). Wad le...

Ayah's Journey 💘

12 OGOS 2020 (RABU) Pagi ini lepas ayah makan oat, ayah nak muntah lepas tu ayah terus penat. Nak gerak dari kerusi ke katil pun dah tak larat. Awal pagi ayah cakap dekat ana yang dada kiri sakit. Aku decide untuk half daya je hari ini. Jam 10.40 pagi ana wassap bagi tahu ayah dah merengek cakap penat. Dada sakit. Aku terus balik, ambil emergency leave. Jam 11.35 pagi sampai hospital. Jam 11.39 ayah terus pergi check jantung dalam bilik ECG. Ana yang teman ayah dalam bilik ECG. Doktor bagi tahu ada blockage dekat jantung ayah. Lepas ECG ayah ditolak ke zon kuning. Agak lama ayah nak dapatkan katil. Lebih kurang jam 2.39 petang mereka prepare untuk katil ayah. Sebelum tu, aku masuk untuk tengok ayah. Ayah cakap nak pergi tandas. Rupa-rupanya ayah nak muntah. Tak tahu berapa lama ayah menahan untuk muntah. Allah! Seksa tengok keadaan ayah bila muntah. Muntah kali ini muntah kuning lagi. 2.53 petang ayah dah dapat katil. Walaupun dapat katil dekat zon kuning. agak lama untuk ayah tunggu. ...

Ayah's Journey 💘

  11 OGOS 2020 (SELASA) Ayah pagi ni tak larat. Terbaring je. Hati aku hari ini berdebar. Tak tahu kenapa. Hmmmmm AYAH KUAT! HATI TETAP RISAU!

Ayah's Journey 💘

10 OGOS 2020 (ISNIN) Hari ini ayah tak larat sangat. Nak bangun dari katil pun tak larat. Sampai ana tolong untuk bangunkan ayah. Tia cakap malam semalam nak muntah, tapi keluar angin je. Aku ajak pergi hospital. Tapi ana cakap "nanti ambil darah je" - Ayah. Ayah selalu cakap dekat ibu, entah sempat atau tidak pergi Selayang. Allah. Insya Allah akan sempat. Allah akan panjangkan umur ayah. Lepas ibu solat maghrib, aku saje duduk depan ibu. Ibu cerita, kalau ayah baring dekat bilik tia, ayah tanya ibu. "Ibu dah subuh ke?" Ibu cakap subuh dah lepas. Ini dah jam 8 lebih boleh ambil solat dhuha dah ayah. Hahahah. Ibu cakap ayah sekarang ini pelik je. Tadi nak mandi tapi duduk dekat kerusi depan. Lepastu tanya ibu, apa saya nak buat dalam bilik air tadi ye? hahaha. Ibu cakap jom main mainan hadif. Ibu ibu ada je nak kenakan ayah. Bak kata ibu, bila lagi nak gurau senda dengan ayah. Sedih lak hati ini. AYAH KUAT! HATI TETAP RISAU!

Ayah's Journey 💘

 9 OGOS 2020 (AHAD) Hari ini masih dekat kampung lagi. Hari ini kami balik awal. Selalu kalau ibu dengan ayah ada mesti balik lepas isyak. Kali ini beza sikit. Jam 11.00 pagi kami dah balik. Tapi sebelum balik kami singgah Pizza Bakar Jemapoh. Makan dulu. Kikikiki. Dah siap makan dan tapau semua, kami balik. Tapi aku dengan apex balik naim motor. Singgah dulu pergi kampung apex dekat Melaka. Ambil daun sireh untuk ubatkan ayah nanti. Keadaan ayah macam biasa. Penat dan tekak rasa pahit. AYAH KUAT! HATI TETAP RISAU!