15 OGOS 2020 (SABTU) BP ayah jam 4.44 pagi 102/62. Lepas flush semalam tangan ayah sebab nak masukkan air, tak lepas sebab berdarah dekat branula. Pagi ni pown sama berdarah balik lepas ayah mandi. Suruh nurse tukar, nurse boleh cakap tgu nurse pagi tukarkan. Ayoyoyo sabar je la. Nyirap gak dgr. Pagi ini jam 6.45 pagi dorang masukkan VITAMIN dekat ayah. ALBUMEX 2.0 (HUMAN ALBUMIN 26%) SOLUTION FOR INTRAVENOUS INFUSSION. Pagi tadi jam 6.00 lebih ayah makan oat. Skrang jam 7.49 pagi ayah nak makan oat lagi. Tapi hospital punya lah. Jam 8.06 pagi BP ayah 94/65. Gula ayah 5.8 untuk pagi ini. Ayah cakap hari ni boleh discaj. Tapi BP ayah masih rendah, tak dapat la discaj. Kena duduk 1 hari lagi. Aku balik, ana take over ayah. Doktor cakap dorang tak treat ayah sebagai pesakit jantunga. Doktor just bagi vitamin and drip je. Jam 3.45 petang. BP ayah 100/65. Nak cerita hantu sikit la. AYAH KUAT! HATI TETAP RISAU!
12 OGOS 2020 (RABU) Pagi ini lepas ayah makan oat, ayah nak muntah lepas tu ayah terus penat. Nak gerak dari kerusi ke katil pun dah tak larat. Awal pagi ayah cakap dekat ana yang dada kiri sakit. Aku decide untuk half daya je hari ini. Jam 10.40 pagi ana wassap bagi tahu ayah dah merengek cakap penat. Dada sakit. Aku terus balik, ambil emergency leave. Jam 11.35 pagi sampai hospital. Jam 11.39 ayah terus pergi check jantung dalam bilik ECG. Ana yang teman ayah dalam bilik ECG. Doktor bagi tahu ada blockage dekat jantung ayah. Lepas ECG ayah ditolak ke zon kuning. Agak lama ayah nak dapatkan katil. Lebih kurang jam 2.39 petang mereka prepare untuk katil ayah. Sebelum tu, aku masuk untuk tengok ayah. Ayah cakap nak pergi tandas. Rupa-rupanya ayah nak muntah. Tak tahu berapa lama ayah menahan untuk muntah. Allah! Seksa tengok keadaan ayah bila muntah. Muntah kali ini muntah kuning lagi. 2.53 petang ayah dah dapat katil. Walaupun dapat katil dekat zon kuning. agak lama untuk ayah tunggu. ...
Comments
Post a Comment