Posts

Showing posts from September, 2020

Ayah's Journey 💘

 31 JULAI 2020 (JUMAAT) Hari ini HARI RAYA AIDILADHA. Kami adik beradik beraya bersama dengan ibu dan ayah. Semua happy. Hari ini family ibu datang beraya dengan kami juga. Terima kasih datang beraya dengan kami. Terima kasih datang ziarah ayah. Terima kasih doakan ayah. Malam sekali lagi ayah muntah. Warna macam semalam. KUNING. HATI TETAP RISAU! AYAH KUAT!

Ayah's Journey 💘

 30 JULAI 2020 (KHAMIS) Keadaan ayah pagi ini penat. Hari ini (30/7/2020) dapat segala dokumen ayah dari Hospital Shah Alam. Abang dan ana yang pergi ambil untuk dokumen ayah. Ana bagi tahu yang hati ayah pada bulan 3 16cm. Ini masa buat Ultra Sound.Then pada bulan 7 hati ayah dah besar 20cm. Hospital Shah Alam, kenapa tak inform ahli keluarga yang hati ayah semakin membesar? Kenapa perlu macam ni??sebab PKPK ke? Tak mungkin haih hospital kerajaan. Malam ayah muntah. Ini kali ke-2 ayah muntah.Muntah ayah warna kuning. Ayah cakap pahit. RISAU HATI TETAP RISAU! AYAH KUAT!

Ayah's Journey 💘

 29 JULAI 2020 (RABU) Keadaan ayaha hari ini ok. Pagi ni dalam group pening discuss kenapa tak bawa ayah pergi IKN (Institut Kanser Negara) hahahhaha..biasalah semalam terkejut semua benda tak prepare untuk tanya soalan dekat doktor. Nasib baik ana google, kenapa perlu hantar ke Hospital Selayang. kikikiki..Nasib ada adik ana yang rajin research. Petang keadaan ayah kurang baik. Ayah ckp badan ayah lenguh. Sebab kanser tu, ayah lenguh. Harap ayah boleh bertahan. Lagi 2 hari kita nak sambut raya haji. Orang tahu ayah kuat.  HATI TETAP RISAU! AYAH KUAT!